Skip to main content

Zaitun untuk pertama kali

Pertama kali saya makan buah zaitun adalah zaitun hitam yang dihiris halus di atas pizza. Pada mulanya saya tak berapa suka rasanya tapi bila adik saya yang belajar di Jordan dahulu membawa pulang buah zaitun yang dijeruk dengan garam dari sana, saya terus jatuh cinta!


Ini cerita lebih 20 tahun dahulu. Kini saya memang kalau tak ada sedikit penangan zaitun sama ada buah atau minyak zaitun setiap hari dalam makanan harian memang tidak sah!

Sekarang, oleh kerana saya suka sangat zaitun dan apa2 produk berasaskan zaitun,  jadi saya akan abadikan apa saja produk dan pengalaman saya dengan buah yang disebut di dalam al Quran. 

Di Sepanyol saya pernah lihat banyak sangat pokok zaitun. Masha Allah. Bahkan pokok zaitun terlalu banyak hinggakan di tengah-tengah bandar Madrid juga ada pokok zaitun. 

Ada sebuah taman di Madrid yang dipanggil Taman Manzanares dan di situ saya juga telah melihat sendiri pokok-pokok zaitun yang tengah ranum dan hanya tunggu masa untuk dituai.

Tak lupa juga pengalaman saya melihat kebun pokok zaitun yang berada berdekatan dengan Istana Alhambra yang sangat terkenal di Granada, Sepanyol.  Hanya jalan beberapa minit ke atas jalan besar , naik bukit sikit dari Istana Alhambra. 

Memang benar, tidak semua suka akan rasa dan bau buah zaitun atau minyak zaitun. Setiap orang ada citarasa yang berbeza dan tiada paksaan dalam pemakanan tiada paksaan dalam mencintai sesuatu makanan juga. 

Walaubagaimanapun, mencintai makanan sunnah yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah SAW yang kita cintai dan yang sering disebut di dalam Al-Quran, mungkin akan menerbitkan rasa cinta atau rasa ingin mencubanya. 

Insha Allah, zaitun dan kebaikannya akan sentiasa menabur manfaat di dalam jasad kita. 


Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Pokok Zaitun Di Tanam Di Malaysia?

Mungkin saja ada pokok Zaitun di tanam di Malaysia tapi cuba baca dulu artikel ini. Pokok zaitun (Olea europaea) secara tradisinya ditanam di kawasan dengan iklim Mediterranean, yang dicirikan oleh musim panas, kering dan musim sejuk yang sederhana dan basah.  Malaysia pula mempunyai iklim tropika dengan kelembapan yang tinggi, hujan yang banyak, dan suhu yang konsisten sepanjang tahun. Memandangkan perbezaan iklim yang ketara antara Malaysia dan habitat asli pokok zaitun, adalah mencabar untuk berjaya menanam pokok zaitun di Malaysia.  Pokok zaitun memerlukan julat suhu tertentu, pendedahan cahaya matahari, dan keadaan tanah yang dikeringkan dengan baik untuk berkembang maju.  Kelembapan yang tinggi dan hujan yang berlebihan di Malaysia mungkin tidak menyediakan keadaan yang ideal untuk penanaman pokok zaitun. Walaupun mungkin untuk menanam pokok zaitun dalam persekitaran terkawal seperti rumah hijau atau melalui teknik penanaman khusus, ia masih menjadi cabaran besar un...

Rupa Pokok Zaitun

Untuk kita rakyat Malaysia, mungkin ada yang pernah melihat pokok Zaitun ketika melawat ke negara-negara Mediterranean pengeluar minyak Zaitun atau pun di kawasan negara Timur Tengah.  Tetapi tidak semua rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun kan? Adakah kita pernah terfikir apa rupa pokok zaitun ye? Iyelah, selepas kita menikmati khasiat minyak dan juga buah zaitun tidakkah pernah terdetik di hati kita untuk melihat sendiri pokok zaitun? Bagi saya, ya! Saya sangat teruja untuk melihat sendiri pokok zaitun selepas mendapat tahu yang pokok zaitun ini boleh hidup beratus hatta beribu tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan tidak lupa atas ketentuan Tuhan juga. Masha Allah. Ketika di Sepanyol saya sangat bertuah untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun, ada yang rendah ada yang tinggi, ada yang muda dan ada juga yang tua. Yang pasti pokok zaitun tidak lah begitu tinggi. Mungkin ia dijaga rapi supaya menjadi rendah dan rimbun untuk me...

Roti Zaitun

Hari ini saya telah membeli sepotong roti zaitun yang panjang seperti roti Perancis yang bernama  baguette . Ada bermacam-macam jenis roti zaitun yang ada di pasaran tapi yang ini adalah roti zaitun yang tidak menggunakan buah zaitun tetapi menggunakan minyak zaitun sebagai salah satu bahan utama pembuatan roti ini. Dalam bahasa Sepanyol disebut pan aceite de oliva yang bermaksud roti minyak zaitun. Nampak kan ada banyak minyak yang menembusi kertas pembalut roti ini di bahagian bawah roti? Roti ini saya beli di Mercadona - sebuah pasaraya yang banyak francais seperti Mydin di Malaysia.  Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti zaitun ini. Tepung gandum Air Minyak Zaitun Serbuk Penaik Garam Tepung Malt (untuk menguatkan tepung gandum) E170 calcium carbonate E300 Ascorbic acid E920 L-Cysteine - amino acid Boleh lihat video kami tentang roti zaitun di bawah ini atau subscribe channel video kami di Youtube - Olive Zayt untuk ...