Skip to main content

Rupa Pokok Zaitun

Untuk kita rakyat Malaysia, mungkin ada yang pernah melihat pokok Zaitun ketika melawat ke negara-negara Mediterranean pengeluar minyak Zaitun atau pun di kawasan negara Timur Tengah. 

Tetapi tidak semua rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun kan? Adakah kita pernah terfikir apa rupa pokok zaitun ye? Iyelah, selepas kita menikmati khasiat minyak dan juga buah zaitun tidakkah pernah terdetik di hati kita untuk melihat sendiri pokok zaitun?

Bagi saya, ya!

Saya sangat teruja untuk melihat sendiri pokok zaitun selepas mendapat tahu yang pokok zaitun ini boleh hidup beratus hatta beribu tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan tidak lupa atas ketentuan Tuhan juga. Masha Allah.



Ketika di Sepanyol saya sangat bertuah untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun, ada yang rendah ada yang tinggi, ada yang muda dan ada juga yang tua. Yang pasti pokok zaitun tidak lah begitu tinggi. Mungkin ia dijaga rapi supaya menjadi rendah dan rimbun untuk memudahkan penuai mengambil hasilnya ketika tiba musim menuai. 


Gambar di atas adalah sepohon pokok Zaitun yang sangat tua. Kalau kita tengok batangnya seakan-akan seperti dalam cerita seram. :) Karakter unik pada batangnya adalah apabila semakin tua pokok zaitun ini, batangnya akan mengerekot atau berpintal.


Daun pokok zaitun pula, berbentuk bujur dan halus seperti hujung tombak. Walaupun pada musim sejuk daun pokok zaitun tidak berubah warnanyaatau dipanggil dalam bahasa Inggeris -  Evergreen. Kalau kita pegang daunnya seakan-akan memegang kulit yang kesat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua dan dibawahnya pula seperti warna perak. 

Dari pokok zaitun, terbit dua hadiah! Pertama adalah buah zaitun sendiri yang mana buahnya harus diproses untuk dimakan. Buah zaitun tidak boleh dimakan mentah-mentah. Sangat pahit dan kelat!

Hadiah kedua adalah perahan pertama minyak dari buah zaitun iaitu minyak dara zaitun atau dalam bahasa Inggeris - Extra Virgin Olive Oil dan singkatannya adalah EVOO. Ada terdapat banyak jenis atau peringkat perahan minyak dan ini juga menghasilkan kualiti minyak yang berlainan. 

Oh tidak, masih ada lagi hadiah dari pokok zaitun ini! Hadiah ketiga adalah batangnya juga boleh dijadikan perabot dan malah, hadiah keempat adalah khasiat dari daun pokok zaitun yang masih diselidiki kebaikannya untuk kesihatan kita oleh pakar sains, kesihatan dan pemakanan. 

Pokok zaitun mula berbunga pada musim bunga dan boleh dituai buahnya ketika musim luruh. Kebiasaannya pokok mula berbuah selepas berusia 8 tahun tetapi hanya boleh dituai hasil yang baik selepas usia antara 15 ke 20 tahun. Pokok zaitun boleh berbuah sehingga berusia 80 tahun dan boleh hidup sehingga beratus-ratus tahun. 

Comments

Popular posts from this blog

Zaitun Hitam

Bagi siapa-siapa yang pernah melihat zaitun hitam, pastinya pertama kali di atas pizza. Hirisan zaitun hitam yang berlubang di tengah-tengah, kadangkala diketepikan dari pizza kerana rasanya yang tak kena dengan tekak orang Melayu kite..:) Mula-mula memang begitu kerana kite tak biasa makan buah zaitun tapi kalau kita pergi ke negara yang memang ada beratus-ratus jenis zaitun yang kita boleh pilih untuk dimakan atau dijerukkan pasti kita pun akan teruja untuk mencubanya. Bukan saja warnanya yang menarik. Kadangkala cara buah zaitun itu dihidangkan juga tak kalah mata memandang. Kuning, kundang, hijau muda, hijau tua, kemerah-merahan, hitam dan sebagainya. Hari ini saya nak cerita pasal buah zaitun hitam. Baru-baru ini saya pulang ke Malaysia dan ada membawa beberapa jenis buah zaitun yang dijeruk. Malangnya saya lupa, zaitun jeruk kegemaran adik saya yang pernah belajar di Jordan adalah jeruk hitam! Alahai, sedih pulak bila dia tak dapat makan apa yang diidamkannya. Takp

Zaitun untuk pertama kali

Pertama kali saya makan buah zaitun adalah zaitun hitam yang dihiris halus di atas pizza. Pada mulanya saya tak berapa suka rasanya tapi bila adik saya yang belajar di Jordan dahulu membawa pulang buah zaitun yang dijeruk dengan garam dari sana, saya terus jatuh cinta! Ini cerita lebih 20 tahun dahulu. Kini saya memang kalau tak ada sedikit penangan zaitun sama ada buah atau minyak zaitun setiap hari dalam makanan harian memang tidak sah! Sekarang, oleh kerana saya suka sangat zaitun dan apa2 produk berasaskan zaitun,  jadi saya akan abadikan apa saja produk dan pengalaman saya dengan buah yang disebut di dalam al Quran.  Di Sepanyol saya pernah lihat banyak sangat pokok zaitun. Masha Allah. Bahkan pokok zaitun terlalu banyak hinggakan di tengah-tengah bandar Madrid juga ada pokok zaitun.  Ada sebuah taman di Madrid yang dipanggil Taman Manzanares dan di situ saya juga telah melihat sendiri pokok-pokok zaitun yang tengah ranum dan hanya tunggu masa untuk dituai.

Roti Zaitun

Hari ini saya telah membeli sepotong roti zaitun yang panjang seperti roti Perancis yang bernama  baguette . Ada bermacam-macam jenis roti zaitun yang ada di pasaran tapi yang ini adalah roti zaitun yang tidak menggunakan buah zaitun tetapi menggunakan minyak zaitun sebagai salah satu bahan utama pembuatan roti ini. Dalam bahasa Sepanyol disebut pan aceite de oliva yang bermaksud roti minyak zaitun. Nampak kan ada banyak minyak yang menembusi kertas pembalut roti ini di bahagian bawah roti? Roti ini saya beli di Mercadona - sebuah pasaraya yang banyak francais seperti Mydin di Malaysia.  Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti zaitun ini. Tepung gandum Air Minyak Zaitun Serbuk Penaik Garam Tepung Malt (untuk menguatkan tepung gandum) E170 calcium carbonate E300 Ascorbic acid E920 L-Cysteine - amino acid Boleh lihat video kami tentang roti zaitun di bawah ini atau subscribe channel video kami di Youtube - Olive Zayt untuk lain-lain