Bagi siapa-siapa yang pernah melihat zaitun hitam, pastinya pertama kali di atas pizza. Hirisan zaitun hitam yang berlubang di tengah-tengah, kadangkala diketepikan dari pizza kerana rasanya yang tak kena dengan tekak orang Melayu kite..:)
Mula-mula memang begitu kerana kite tak biasa makan buah zaitun tapi kalau kita pergi ke negara yang memang ada beratus-ratus jenis zaitun yang kita boleh pilih untuk dimakan atau dijerukkan pasti kita pun akan teruja untuk mencubanya.
Bukan saja warnanya yang menarik. Kadangkala cara buah zaitun itu dihidangkan juga tak kalah mata memandang. Kuning, kundang, hijau muda, hijau tua, kemerah-merahan, hitam dan sebagainya.
Hari ini saya nak cerita pasal buah zaitun hitam.
Baru-baru ini saya pulang ke Malaysia dan ada membawa beberapa jenis buah zaitun yang dijeruk. Malangnya saya lupa, zaitun jeruk kegemaran adik saya yang pernah belajar di Jordan adalah jeruk hitam!
Alahai, sedih pulak bila dia tak dapat makan apa yang diidamkannya.
Takpelah, jadi bila balik semula ke Madrid, saya terus ke kedai Mercadona yang berdekatan dan membeli jeruk zaitun hitam yang ditinkan berharga 85 sen (Euro) dan mempunyai berat 350g. Berat zaitun hanyalah 150g dan selebihnya adalah air garam.
Zaitun hitam ini dijerukkan di dalam air garam. Kalau kita lihat senarai bahan-bahan yang digunakan di label tin adalah seperti berikut:
Agua - Air
Aceitunas negras deshuesadas - Zaitun hitam yang dibuang biji
Sal - Garam
Estabilizante - Penstabil
Gluconato ferroso - Bahan untuk menghitamkan buah zaitun
Jenis buah zaitun yang ditinkan ini adalah Cacereña. Jenis zaitun ini tumbuh dengan baik dalam iklim Mediterranean biasa, di kawasan musim sejuk basah dan suhu rendah dan dengan suhu yang tinggi di musim kemarau. Di Sepanyol ada bermacam-macam jenis atau dipanggil variedad dalam bahasa Sepanyol atau variety di dalam bahasa Inggeris.
Jenis cacereña in menurut laman web https://www.foodswinesfromspain.com/ adalah berasal dari daerah Extremadura. Buah zaitun ini dipanggil Cacereña (cara sebutannya: kaserenya) atau Manzanilla Cacereña (cara sebutannya: Manzaniya Kaserenya).
Cacereña adalah buah zaitun yang sudah masak dan hampir kepada warna hitam. Di sini mereka panggil sebagai 'Table olives' kerana hanya 'Table olives' yang boleh dimakan terus kerana ia telah diproses. Zaitun yang baru dipetik walaupun sudah masak tidak boleh dimakan terus kerana rasanya sangat pahit!
Zaitun Cacereña juga tidak mempunyai banyak kandungan minyak dan sesuai digunakan sebagai 'Table olives' tetapi jika ia diperah untuk mendapatkan minyaknya, minyak ini adalah sangat tinggi kualitinya!
Mengikut laman web https://www.foodswinesfromspain.com/ juga, 80% Zaitun Cacereña adalah untuk 'Table olives' manakala selebihnya adalah untuk pemerahan minyak.
Rasanya padat, banyak isi, tak terlalu masin dan tak terlalu pahit. Digunakan sebagai pembuka selera dan di dalam salad dan juga sebagai hiasan seperti diatas pizza dan pelbagai hidangan lain.
Untuk melihat dengan lebih jelas proses pengoksidaan buah zaitun menjadi warna hitam, boleh lihat video dari California Ripe Olives di sini.

Bahan-bahan Pemprosesan Zaitun Hitam

Rasa Zaitun Hitam Cacereña
Rasanya padat, banyak isi, tak terlalu masin dan tak terlalu pahit. Digunakan sebagai pembuka selera dan di dalam salad dan juga sebagai hiasan seperti diatas pizza dan pelbagai hidangan lain.
Untuk melihat dengan lebih jelas proses pengoksidaan buah zaitun menjadi warna hitam, boleh lihat video dari California Ripe Olives di sini.
Sumber:
Comments
Post a Comment