Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Zaitun dalam Al Quran

Di bawah ini saya senaraikan ayat-ayat Al Quran tentang zaitun dan minyak zaitun. Zaitun dan minyak zaitun banyak disebut di dalam Al Quran tetapi saya senaraikan hanya lima sahaja di posting ini.  Ayat pertama: وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Dan Dialah yang menjadikan tanaman-tanaman yang merambat dan yang tidak merambat, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apa-bila ia berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada waktu memetik hasilnya, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan - Sura Al-An'am, Ayat 141 Ayat kedua: اللَّهُ ن

Rupa Pokok Zaitun

Untuk kita rakyat Malaysia, mungkin ada yang pernah melihat pokok Zaitun ketika melawat ke negara-negara Mediterranean pengeluar minyak Zaitun atau pun di kawasan negara Timur Tengah.  Tetapi tidak semua rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun kan? Adakah kita pernah terfikir apa rupa pokok zaitun ye? Iyelah, selepas kita menikmati khasiat minyak dan juga buah zaitun tidakkah pernah terdetik di hati kita untuk melihat sendiri pokok zaitun? Bagi saya, ya! Saya sangat teruja untuk melihat sendiri pokok zaitun selepas mendapat tahu yang pokok zaitun ini boleh hidup beratus hatta beribu tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan tidak lupa atas ketentuan Tuhan juga. Masha Allah. Ketika di Sepanyol saya sangat bertuah untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun, ada yang rendah ada yang tinggi, ada yang muda dan ada juga yang tua. Yang pasti pokok zaitun tidak lah begitu tinggi. Mungkin ia dijaga rapi supaya menjadi rendah dan rimbun untuk memuda

Khasiat buah Zaitun

Kebaikan buah Zaitun atau khasiat buah zaitun adalah terlalu banyak untuk di senaraikan. Sehingga kini khasiat Zaitun masih diselidiki oleh pakar makanan dan juga pakar sains malah di setiap bidang yang meliputi kegunaan minyak Zaitun untuk kesihatan, pemakanan dan tak lupa juga dalam bidang kecantikan.  Setakat ini kita hanya tahu khasiat buah zaitun untuk kesihatan dan kehidupan kita. Bila kita sebut tentang Zaitun tidak boleh kita asingkan bahawa ia adalah satu makanan ruji di kawasan Mediterranean. Sering kita dengar tentang diet Mediterranean kan? Bahkan pada awal-awal kedatangan lambakan minyak Zaitun di pasaraya di Malaysia, kita boleh nampak kebanyakannya di label dengan 'Made in Italy'. Oleh itu tidak boleh tidak kita sering terbayang bahawa orang Itali pasti akan menggunakan minyak Zaitun dalam kebanyakan masakan mereka. Di Itali ramai orang-orang tua yang panjang umur oleh kerana diet Mediterranean ini. Masha Allah. Mari kita cuba perbanyakkan peng

Zaitun Makanan Sunnah

Zaitun makanan sunnah. Ada tiga pecahan perkataan yang kita harus fahami. Sunnah, makanan sunnah dan zaitun.  Zaman ini terlalu banyak produk yang dijual oleh peniaga beragama Islam yang melabelkan produk mereka sebagai makanan sunnah. Sumber: Pietro Di Bello Olive fruit Oleh itu adalah penting untuk kita fahami dahulu apa erti sunnah dan makanan sunnah itu sendiri sebelum kita bertindak untuk mengambil sesuatu produk kesihatan yang berlambak di pasaran kini dan mempercayai bahawa produk itu baik untuk kesihatan kita hanya kerana kita tahu ia mengandungi sebahagian makanan sunnah di dalamnya.  Erti Sunnah Sunnah atau sunah bermaksud 'cara' atau 'amalan'. Manakala sunnah nabi pula bermaksud 'cara nabi' atau 'amalan nabi'.  Menurut istilah ahli sunnah wa al jamaah, sunnah Rasulullah SAW adalah segala perbuatan, perkataan, peribadi, akhlak dan juga perilaku beliau setelah diangkat menjadi Rasul Allah.  Makanan Sunnah