Skip to main content

Posts

Zaitun Untuk Kecantikan

Buah zaitun telah lama digunakan sebagai bahan semulajadi dalam rawatan kecantikan.  Kaya dengan nutrien dan sebatian aktif, buah zaitun boleh memberikan manfaat yang menakjubkan untuk kulit, rambut dan kuku.  Berikut ialah beberapa cara bagaimana buah zaitun boleh digunakan dalam rutin kecantikan anda: 1. Pelembap Semulajadi Minyak zaitun semulajadi adalah pelembap yang sangat baik untuk kulit. Mengandungi asid lemak tak tepu, vitamin E dan antioksidan, minyak zaitun boleh membantu mengekalkan kulit lembap, melembutkan tekstur dan mengurangkan kekeringan.  Hanya sapukan sedikit minyak zaitun pada muka atau badan selepas mandi dan urut perlahan-lahan sehingga meresap. Ini akan memberikan kulit anda kelembapan semula jadi dan cahaya yang sihat. 2. Mask Muka Anda boleh membuat mask muka semulajadi menggunakan buah zaitun untuk memberi manfaat tambahan kepada kulit anda.  Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu madu tulen dan beberapa titis jus lemon. Sapukan campuran ini ke
Recent posts

Bolehkah Pokok Zaitun Di Tanam Di Malaysia?

Mungkin saja ada pokok Zaitun di tanam di Malaysia tapi cuba baca dulu artikel ini. Pokok zaitun (Olea europaea) secara tradisinya ditanam di kawasan dengan iklim Mediterranean, yang dicirikan oleh musim panas, kering dan musim sejuk yang sederhana dan basah.  Malaysia pula mempunyai iklim tropika dengan kelembapan yang tinggi, hujan yang banyak, dan suhu yang konsisten sepanjang tahun. Memandangkan perbezaan iklim yang ketara antara Malaysia dan habitat asli pokok zaitun, adalah mencabar untuk berjaya menanam pokok zaitun di Malaysia.  Pokok zaitun memerlukan julat suhu tertentu, pendedahan cahaya matahari, dan keadaan tanah yang dikeringkan dengan baik untuk berkembang maju.  Kelembapan yang tinggi dan hujan yang berlebihan di Malaysia mungkin tidak menyediakan keadaan yang ideal untuk penanaman pokok zaitun. Walaupun mungkin untuk menanam pokok zaitun dalam persekitaran terkawal seperti rumah hijau atau melalui teknik penanaman khusus, ia masih menjadi cabaran besar untuk meniru ikl

Zaitun: Mengungkap Manfaat dan Kegunaannya yang Luar Biasa

Zaitun, juga dikenali sebagai buah zaitun atau Olea europaea, adalah tanaman yang memiliki sejarah panjang dan kaya dengan manfaat kesihatan.  Buah ini telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu, terutama dalam masakan Mediteranian, dan juga dihargai kerana sifat-sifatnya yang menyihatkan.  Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi beberapa manfaat zaitun dan mengungkap mengapa buah ini menjadi terkenal di pelusuk dunia. 1. Kesihatan Jantung yang Optimal Salah satu manfaat terbesar dari zaitun adalah kemampuannya untuk menjaga kesihatan jantung. Buah zaitun kaya dengan polifenol, terutama oleuropein, yang telah terbukti dapat mengurangi keradangan dan meningkatkan fungsi pembuluh darah.  Selain itu, asid lemak tak jenuh tunggal (monounsaturated fatty acids) yang tinggi dalam minyak zaitun juga dapat membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL), menjaga keseimbangan lipid dalam tubuh. 2. Perlindungan terhadap Penyakit Kronik Zaitun mengandung antiok

Zaitun Hitam

Bagi siapa-siapa yang pernah melihat zaitun hitam, pastinya pertama kali di atas pizza. Hirisan zaitun hitam yang berlubang di tengah-tengah, kadangkala diketepikan dari pizza kerana rasanya yang tak kena dengan tekak orang Melayu kite..:) Mula-mula memang begitu kerana kite tak biasa makan buah zaitun tapi kalau kita pergi ke negara yang memang ada beratus-ratus jenis zaitun yang kita boleh pilih untuk dimakan atau dijerukkan pasti kita pun akan teruja untuk mencubanya. Bukan saja warnanya yang menarik. Kadangkala cara buah zaitun itu dihidangkan juga tak kalah mata memandang. Kuning, kundang, hijau muda, hijau tua, kemerah-merahan, hitam dan sebagainya. Hari ini saya nak cerita pasal buah zaitun hitam. Baru-baru ini saya pulang ke Malaysia dan ada membawa beberapa jenis buah zaitun yang dijeruk. Malangnya saya lupa, zaitun jeruk kegemaran adik saya yang pernah belajar di Jordan adalah jeruk hitam! Alahai, sedih pulak bila dia tak dapat makan apa yang diidamkannya. Takp

Roti Zaitun

Hari ini saya telah membeli sepotong roti zaitun yang panjang seperti roti Perancis yang bernama  baguette . Ada bermacam-macam jenis roti zaitun yang ada di pasaran tapi yang ini adalah roti zaitun yang tidak menggunakan buah zaitun tetapi menggunakan minyak zaitun sebagai salah satu bahan utama pembuatan roti ini. Dalam bahasa Sepanyol disebut pan aceite de oliva yang bermaksud roti minyak zaitun. Nampak kan ada banyak minyak yang menembusi kertas pembalut roti ini di bahagian bawah roti? Roti ini saya beli di Mercadona - sebuah pasaraya yang banyak francais seperti Mydin di Malaysia.  Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti zaitun ini. Tepung gandum Air Minyak Zaitun Serbuk Penaik Garam Tepung Malt (untuk menguatkan tepung gandum) E170 calcium carbonate E300 Ascorbic acid E920 L-Cysteine - amino acid Boleh lihat video kami tentang roti zaitun di bawah ini atau subscribe channel video kami di Youtube - Olive Zayt untuk lain-lain

Zaitun dalam Al Quran

Di bawah ini saya senaraikan ayat-ayat Al Quran tentang zaitun dan minyak zaitun. Zaitun dan minyak zaitun banyak disebut di dalam Al Quran tetapi saya senaraikan hanya lima sahaja di posting ini.  Ayat pertama: وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Dan Dialah yang menjadikan tanaman-tanaman yang merambat dan yang tidak merambat, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apa-bila ia berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada waktu memetik hasilnya, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan - Sura Al-An'am, Ayat 141 Ayat kedua: اللَّهُ ن

Rupa Pokok Zaitun

Untuk kita rakyat Malaysia, mungkin ada yang pernah melihat pokok Zaitun ketika melawat ke negara-negara Mediterranean pengeluar minyak Zaitun atau pun di kawasan negara Timur Tengah.  Tetapi tidak semua rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun kan? Adakah kita pernah terfikir apa rupa pokok zaitun ye? Iyelah, selepas kita menikmati khasiat minyak dan juga buah zaitun tidakkah pernah terdetik di hati kita untuk melihat sendiri pokok zaitun? Bagi saya, ya! Saya sangat teruja untuk melihat sendiri pokok zaitun selepas mendapat tahu yang pokok zaitun ini boleh hidup beratus hatta beribu tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan tidak lupa atas ketentuan Tuhan juga. Masha Allah. Ketika di Sepanyol saya sangat bertuah untuk melihat sendiri rupa pokok zaitun, ada yang rendah ada yang tinggi, ada yang muda dan ada juga yang tua. Yang pasti pokok zaitun tidak lah begitu tinggi. Mungkin ia dijaga rapi supaya menjadi rendah dan rimbun untuk memuda